me…

haha..saya memang mengada2..tp sukahatila kan..ini blog saya…saya terasa nak pindah ke rumah baru saya di

http://umniyyahulfa.blogspot.com

sebenarnya ini bukan la rumah baru…inilah rumah pertama saya..rumah baru la jugak sebab tak pernah buat apa-apa lagi kat rumah tu..tapi pada mulanya saya nih termakan kata seseorang nih yang rumah sekarang nih lebih baik…bukan bermakna saya tak suka rumah saya yang sekarang ini…tapi saya nak lebih dari itu..

saya belum sempat nak renovate lagi rumah baru saya tu..tp saya nak sangat pindah ke situ..saya juga belum biasa dengan rumah tu..jadi saya patut terima seadanya…

jadi mulai hari ini…saya akan berpindah ke rumah baru tu ya…

Advertisements

24 Januari 2010 yang lepas Angkasa telah menganjurkan carnival bowling bertempat di ARL Power Bowl, Alamanda. Setelah sekian lamanya tak bermain bowling takut jugak nak main..yelah, pengalaman lalu terbaling bola kebelakang masih lagi dalam ingatan..tapi bila difikir-fikirkan tak salah memberi sokongan untuk aktiviti-aktiviti macam nih selain dapat enjoy serta jumpa kawan-kawan Angkasa (selain dipaksa..haha)..aku juga daftarkan hubby sekali tanpa memikirkan siapa nak jaga anak ketika tu..hasilnya….taraa……

ini lah bukti kemenangan hari tu..yang paling tinggi tu adalah kumpulan terbaik…ya..kami lah juaranya..terima kasih shahril dan dr wayan…group kita memang best..yang kecik sikit tuh hubby punya group..dapat no 2..best gak…tapi yang paling best yang sebelah kanan tuh…ya…itulah women 2nd runner up…aku punya lah tu..berbaloi rasanya bermain membawa anak2 dan dapat hadiah…sangat best..

letih juga sebenranya..game mula pukul 2pm..kami belum lunch kerana breakfast berat pagi tuh..tak terasa lapar lagi…kami bermain 3 game..game pertama kyra da mula meragam..tapi masih terkawal lagi..group aku lane yang ke4, group hubby lane pertama..tak jauh sangat..bila turn aku hubby tengok2 kan sara kyra…masuk game yang ke2 kyra dah tak mahu dilepaskan..susah juga bermain bila terpaksa buat balingan secepat mungkin kerana fikir anak yang menangis..agak stress pada game ke 2 ni kerana masa ni lah sara kyra minta dibuatkan susu..buat susu, buat balingan dan buat susu semula..agak mencabarkan?? sebenarnya mereka dah mula lapar..lagipun waktu-waktu begini selalunya waktu tidur mereka..habis game ke 2 cepat-cepat belikan roti & muffin…ya..mereka da ok semula…bermain seperti biasa…tapi bila game ke 3 mereka da mula lari ke sana ke mari..selesai buat balingan cari mereka lagi..macam tu la sampai ke akhir…tapi aku happy…happy bila anak sentiasa ada disisi..

inilah gambar waktu penyampaian hadiah untuk pemenang..belum selesai acara ni sara kyra dah tertidur..kepenatan..semua group dapat hamper..

seronok tengok prof-prof bermain..sporting dan sanggup mengambil sedikit masa mereka untuk aktiviti-aktiviti begini..sebab tulah aku pun join..takkan prof-prof boleh main kita tak boleh main..

*gambar aku main takde sebab takde masa nak pandang kamera dan sibuk melayan kerenah sara kyra..

apa-apa pun aku pasti akan bermain untuk 2011 pulak..hahaha..

huh..lama gila perap cerita nih…seperti tahun-tahun sebelum ni, hubby memang selalu bawa keluarga dia bercuti..so tahun ni..kitorang ke Chorus Paradise, Port Dickson.

ooohhh..seronoknya swimming dengan sara kyra..takmo berhenti mandi..gambar pon tak banyak ambik sebab semua nak mandi…aku pon seronok swimming haritu sebab pakai swimming suit muslimah yang baru..best2..*gambar yang seksi itu harus diabaikan..hihi

sara kyra yang muka masam bila di ajak naik…tapi da dapat makanan tau nk senyum…

inilah keluarga hubby..semua lelaki..Abah, angah, andak, ancik, adik..Uda xde..ada tournament bola..mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dalam keluarga ni..tapi mereka semua peramah..dan sangat happening….sangat best…

ya..yang di atas tu ibu mertua ku..ha..mak sorang tak mandi..takpela..mak jaga barang kan…alasan diterima..

inilah masa yang dinanti-nantikan…masa untuk mengisi perut..segala makanan yang terhidang pasti laku..

okey…kalau ade rezeki lagi ujung tahun ni kita bercuti lagi…kena plan tempat yang best…yang penting sangat gembira sesekali bercuti begini…

akhirnya aku mendaftar sebagai student pada 14 Jan 2010..huhu..sebenarnya aku start buat project aku ni beberapa bulan yang lepas..tp sekarang aku sah sebagai ‘siswazah’..wakakakaka…

sebelum dapat tawaran rasa tak sabar nak jadi student yang sebenar..tengok orang belajar, buat research, present paper sana sini, viva..cam seronok je…tapi bila aku da dapat surat tawaran, barulah terfikir nak tengok keadaan sekeliling..ada yang stress, ada yang nampak kelam kabut, ada yang nampak mulut muncung…ada yang sentiasa merenung masa depan(ami..hehe)..ada yang kejap ada..tetiba takde..tetiba ada balik..huhu..risaunya…

bila fikir..takut tak kuat nak tempuhi cabaran..tapi aku yang memilih jalan ini..mungkin ini yang terbaik untukku..aku harus pandang kehadapan..usaha kena tambah dan tambah lagi..

aku harus kuat…anak-anak dan suami tercinta pembakar semangat…mama lakukan semua ni untuk kita semua sayang…

arghhhh….doakan saya ya….

hahaha..lawak nye aku rase tajuk entry kali nih…da tak tau nak letak tajuk ape..

anyway..sara kyra da nak masuk 1 tahun 11 bulan minggu dpn..hmm..anak mama da nk sambut 2nd birthday…

bukan nak riak tapi aku berbangga dengan pencapaian sara kyra setakat nih..semua ibu pasti gembira dengan pencapaian yang dikecapi setiap anak tu..masing-masing ade kelebihan..ada yang cepat merangkak, cepat berjalan, ada yang cepat bercakap..ye…bagi aku..anak aku ni bolehla dikatakan cepat bercakap..

aku perasan mase umur sara kyra 1 thn 6 bulan da byk perkataan yang boleh dia sebut and kita faham ape dia nak cakap.. takut ayam, takut cicak, nak bantal, nak tido, nak peluk..

oohhh…sekarang sara kyra sangat la banyak cakap sampai aku tak terlayan…ape kita nak buat kalau kita da tak terlayan dengan ape yang dia sibuk nak cakap??dan dia sangat marah kalau aku tak layan…

situasi 1: bangun tidur

” mama..tak nak gi school…”

” nape tak nak?”

” tak nak kak umi”

” ok..tapi esok kena gi school..esok mama work”

” mama..tak nak gi school…”

” ok..ok..tak payah”

” tak payah..okey”

selagi aku tak cakap tak payah..selagi tu diolog akan berterusan…

situasi 2: tengok drama melayu (becha usang)

” mama..atok nangis..nape atok nangis?”

” atok sakit”

” atok sakit? nape atok sakit? atok nangisla..”

” ye..atok nangis”

” mama..atok naik basikal la..atok tak sakit la..”

” iye sayang…atok tak sakit”

kena tunggu sampai scene atok (jalil hamid) abis..baru berenti tanya…

situasi 3: tengok ayam atuk

” mama…takot”

” takut apa?ayam kan kecik je..”

” mama.. takot ayam..takot ayam atuk…atuk..takot ayam…sitti..takot ayam…”

mengadu tak sudah kepada sesiapa pun yang dia tgh takut ayam..

situasi 4: nak berjalan-jalan

” sara kyra..nak jalan?”

” nak jalan…mama..tak nak gi school”

” kn mama kata nk jalan..nk ikut tak?”

” nak..”

” suka?”

” suka…mama tak nak gi school”

” ye..tak payah gi school…”

” tak payah..yea..nak jalan..”

on da way nak masuk keta..

” mama…tak nak jalan…”

” nape???” muka da mencebik..

on da way kuar dari kawasan  rumah..lalu depan school…

” mama..tak nak gi school…”

” tak payah..”

” tak payah..babai school”

melepasi kawasan school…

“ye ye…nak jalan…nak jalan…suke”

situasi ke 4 ni memang selalu terjadi kalo nak keluar rumah..sebab setiap kali keluar rumah akan lalu kat depan school..sebenarnya sara kyra suka pergi school tapi..sedih bila kena tinggal mama..ni semua sebab tak pergi school 2 minggu aritu…

situasi 5: sesi mengenal nama mama & papa

” siapa nama papa?”

” si dek”

” siapa nama mama?”

” tak nak kak umi…tak nak kak umi…”

” ok..ok..nama mama uppa…”

” uppa”

tapi susah betul nak ingat nama uppa tu..nama papa sekali ajar je…dialog ni akan berulang setiap kali di tanya..tak nak kak umi…adoi…kerana ade budak nama umi kat school dia terus tak nak nama mama umi…ish..kang aku ajar nama mama umniyyah br tau..

walupun kekadang tak terlayan ape dia nak cakap..tapi aku sangat happy dengan perkembangan nih..mama sangat sayang sara kyra…mmmuuuaaahhh

aku kena gak post entry ni sblm menjelang thn baru…huhu..cerita da basi..ok..ni cerita pasal trip ke Bandung yg aku dok cerita dlm entry ni..aku pergi dari 8 Dec 2009 – 12 Dec 2009 ..aku tak nak cerita panjang pasal perjalanan aku ke sana..sbb jadual tu da ade dlm entry ni gak..

memandangkan aku menganggap trip ni sebagai mase untuk aku honeymoon (walaupun trip ni sebenarnya family day utk jabatan mama + sedara mara aku pon join skali) tp seperti yang dijangkakan kitorang memang enjoy our honeymoon…

ini adik kesayangan aku yang tidak jemu-jemu menjadi cameraman kitorang…terima je la perangai kakak dan abang ipar ko ni imat…i love u la..

lagi gambar yang memualkan..nak buat camne..honeymoon kan…gambar masa shopping x letak.. nama pun shopping kan..mane ade mase nak bergambar…fokus..fokus..

hahaha…baru aku perasan gambar-gambar kat atas  takde langsung yg menunjukkan keBANDUNGan..boleh je nak bergambar kat mane-mane camni kn?ok..sebagai bukti aku memang pergi bandung….taraaaa…

aku tau..sape yg pernah gi Bandung mesti gi tempat ni..Tangkuban Perahu..mase sampai ni matahari sangat terik..walaupun sejuk..tapi sinaran matahari tu menusuk kepala aku ni membuatkan aku takde mood langsung..tambahan pulak penjual-penjual yang tak membiarkan aku berjalan berdua-duaan kat situ..sampai aku menjerit…

” saya betul-betul pening kat sini..awak semua tak boleh biarkan saya jalan dengan tenang ke??”

haha..padahal aku tu sakit kepala kena terik matahari tuh…tapi  masih ramai lagi yang tak makan dengan jeritan aku tuh..bila aku jumpa dengan orang-orang yang aku dah jerit tadi..diorang boleh ikut aku balik sambil cakap..

” inilah yang pusing tadi”..sambil terus menujual barang lagi..

dah tau aku pusing yang ko ikut aku lagi kenapa?geram betul la..

hmm..kesimpulan kat sini…aku rase Bandung adalah tempat yang sesuai untuk bershopping…x byk sgt tempat2 menarik…jalan yang macet (jam memanjang)..orang2 bandung baik-baik sume..penjual-penjual perempuan semua cantik-cantik belaka..

tapi untuk aku yang menganggap honeymoon adalah mase untuk berdua-duaan..memadu kasih…mendamaikan…tiada tekanan…aku rase Bandung x sesuai dengan jiwa aku..kalo untuk bershopping ya..tidak untuk honeymoon…

tapi aku rase kalau aku ade duit yang terlebih-lebih aku nak datang lagi…da boleh plan nak shopping mane dulu…

Goodbye Bandung…

31 December 2009

sayang..selamat hari lahir ke 27..semoga kehidupan yang telah dijalani menjadi kenangan terindah..dan semoga tahun akan datang bakal menceriakan hidupmu..terima kasih atas segalanya sayang..

melayari kehidupan bersamamu adalah perkara yang terbaik berlaku dalam hidupku..kau lah yang sentiasa menceriakan hari-hariku..mendengar luahanku..melayan rajukku..kau membuatku terlalu bahagia menjadi sang isteri..

sayang..terima kasih atas segala pengorbananmu..terima kasih kerana menjadi suami terbaik untukku dan papa terbaik untuk sara kyra..

I love U so much sayang…

Umniyyah Ulfa Hussine

mama ngan baba panggil UPA
imat pun panggil UPA
kwn2 panggil UMI
sara & kyra panggil MAMA
hubby panggil AYANG...i like..

Calendar

November 2017
M T W T F S S
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930